Friday, February 4, 2011

KHASIAT MAS COTEK

SEJARAH


Sejenis tumbuhan meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan. Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya , Ficus deltiodea dan tergolong dalam keluarga Moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Ianya mempunyai khasiat perubatan tersendiri dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit . Terbukti herba ini sangat baik untuk penjagaan kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya.

Nama mas cotek adalah merupakan nama temaptan yang popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.  Di negeri Sabah dan Sarawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama 'sempit-sempit' .  Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai 'agoluran' .  Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil 'tabat barito' dan beberapa nama di darah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera.  Di Afrika pula, ianya dikenali sebagai ' Kangkalibang'.  Walaupun sedemikian, nama mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan lebih dikenali jika berbanding dengan nama-nama tempatan yang lain.



Gambar1: Bintik-bintik halus berwarna kuning pada daun mas cotek


Nama mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas(kuning) yang terdapat pada permukaan atas setiap helain daun tumbuhan ini.


Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti  bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltioidea.

Secara tradisi, nama tempatan serta pengkelasan jenis mas cotek dilakukan mengikut spesis seperti delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya.  Di Malaysia, spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian Pantai Timur Semenanjung terutamanya di Terengganu, speisis telinga beruk dan telinga gajah pula banyak dijumpai di Kelantan. Jenis Delima sudip boleh diperolehi di kawasan Tengah dan Selatan Semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian Utara Semenanjung.

Menurut pengamal perubatan tradisonalm mas cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu:

  • Mas cotek jantan
  • Mas cotek betina

Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat antara spesis mas cotek jantan dan spesis  mas cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya.  Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih dikenali sebagai pokok mas cotek jantan.  Bahagian belakang daun mas cotek jantan terdapat  bintik merah.  Pada kebiasaannya, daun-daun ini mempunyai satu titik merah, tetapi terdapat juga daun yang mempunyai dua atau tiga bintik merah.



Gambar2: Daun mas cotek betina (kiri) dan daun mas cotek jantan (kanan)



Gambar3: Bintik hitam pada daun mas cotek betina (kiri) dan bintik merah pada daun mas cotek jantan (kanan)



Bagi mas cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibanding spesis jantan.  Sama seperti daun jantan, daun betina juga mempunyai bintik pada bahagian belakang daunnya tetapi warna bintiknya hitam.  Selain itu, urat daun betina kelihatan lebih jelas di bahagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan. Urat daun mas cotek betina menyerupai daun mas cotek jantan.



Gambar4: Urat daun betina menyerupai daun jantan mas cotek




Mengikut konsep 'Doctrice of signature' , bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunaan herba itu untuk rawatan penyakit.

Emas Cotek digelar penawar segala penyakit wanita. Ia amat terkenal dikalangan wanita yang bakal mendirikan rumahtangga atau wanita selepas bersalin. Tanaman herba ini tumbuh subur dikawasan bukit dan pergunungan. Malah ada spesies Mas Cotek yang dijumpai di kawasan pantai dengan struktur daun lebih nipis berbanding spesies bukit dan pergunungan.  Herba ini merupakan tumbuhan yang hidup meliar.




RAHSIA MAS COTEK



Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) ,angin ahmar, juga berkesan untuk  menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf .

Selain dicampur dengan daun jantan dan betina pelbagai jenis adalah lebih berkesan jika dapat dicampurkan dengan bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan. Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair (pneumonia), sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.

Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.


KHASIAT MAS COTEK

Khasiat Mas Cotek ini adalah :
-membetulkan kerosakkan urat saraf
-mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin
-meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
-membantu mengawal tekanan darah tinggi
-merawat penyakit paru-paru berair
-mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah    tinggi/rendah
-kandungan flavonoid yang tinggi untuk mengekalkan keayuan dan awet muda   
-mengurangkan tahap kolestrol dalam darah
-mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
-membantu masalah keputihan
-melancarkan peredaran haid

KHASIAT ROSELLE


ROSELLE DAN KHASIATNYA

Roselle atau nama sainsnya Hibiscus sabdariffa merupakan salah satu spesis bunga raya yang terdapat di negara yang beriklim tropika dan subtropika termasuk Afrika, India dan Asia (termasuk Malaysia). Bunga raya yang sering kita lihat ditanam di taman-taman bunga pula dinamakan Hibiscus rosasinensis dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.

Roselle ditanam di Malaysia secara meluas sama ada secara pertanian komersial atau pun di tanam di halaman rumah sahaja. Ia mempunyai vitamin C yang sangat tinggi berbanding vitamin C yang terdapat di dalam citrus atau pokok spesis limau. Roselle yang masih segar mempunyai Vitamin C 20 kali ganda daripada Vitamin C di dalam citrus dan roselle yang kering hanya mempunyai 9 kali ganda sahaja. Ini bermakna roselle perlu diamalkan setiap hari kerana banyak penyakit telah menyerang bukan sahaja golongan yang sudah tua tetapi juga golongan muda. Pelik tapi benar. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, lemah jantung, masalah buah pinggang dan sebagainya dinamakan penyakit degeneratif.

Mengapa ia boleh jadi begitu? Mengapa orang muda pun boleh menghidapi penyakit degeneratif sedangkan tidak terbayang oleh akal kita bagaimana usia begitu muda boleh menghidapinya? Ini adalah kerana kajian telah menunjukkan pemakanan dan persekitaran kita telah dicemari dengan keracunan yang tinggi dan mengakibatkan kerosakan sel dan tisu di dalam badan oleh aktiviti radikal bebas. Oleh itu roselle amat baik untuk diamalkan bagi mengelak dan menjaga kesihatan kita.



Gambar1: Pokok Roselle


Anti penuaan
Roselle mampu membuatkan pengamalnya kelihatan berseri dan awet muda kerana kandungan Vitamin C yang tinggi dan berserat melambatkan proses penuaan yang disebabkan oleh aktiviti kerosakan tisu dan sel tubuh badan oleh radikal bebas.

Mencegah Penyakit Jantung
Penyakit jantung dianggap “silent killer” dan merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Roselle mampu mencegah pembentukan dan penebalan LDL (lemak tidak baik) di bahagian arteri jantung dan mengelakkan juga dari terjadinya penyakit darah tinggi.

Mencegah Kanser
Kanser disebabkan pemakanan dan persekitaran yang terdedah kepada keracunan yang tinggi. Kandungan Vitamin C dan serat yang tinggi di dalam Roselle bersifat anti-oksida dan anti-kanser.

Merawat Demam Panas
Mereka yang sering mengalami demam panas seeloknya mengamalkan Roselle kerana Roselle bersifat sejuk dan mampu menurunkan suhu badan yang tinggi. Selain itu Roselle juga meningkatkan antibodi seseorang.

Penawar Resdung dan Alahan
Bagi mengatasi masalah resdung (alergi) dan alahan (asma) anda bolehlah mengamalkan Roselle dan juga produk HPA bernama Coscinium Plus. Coscinium Plus bersifat panas dan seeloknya disinergikan dengan Roselle yang bersifat sejuk. Baru dinamakan pengambilan herba yang seimbang.

Stress dan Sukar Tidur
Stress boleh dirawat dengan mengamalkan Roselle yang berupaya menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Dengan kata lain Roselle dapat menenangkan pesakit kerana Stress menghapuskan Vitamin C di dalam badan dan Roselle pula menambahkan Vitamin C. Masalah sukar tidur juga boleh diatasi dengan mengamalkan Roselle sebelum tidur. Caranya dengan mengamalkan 4-5 biji kapsul Roselle HPA sebelum tidur yang dibukakan kapsulnya dan dimasukkan ke dalam segelas air suam. Herba dapat berfungsi dengan baik sekiranya dicampurkan dengan air suam. Masalah dengkur ketika tidur juga dapat diatasi dengan mengamalkan Roselle.

Memang banyak sekali khasiat Roselle yang tidak dapat dimasukkan dalam artikel ini antara lainnya dapat merawat luka dalam dan luar badan, merawat kecederaan, memberikan kelegaan kepada pesakit jika diamalkan Roselle bersama Madu seperti produk EQ Minda daripada HPA, mempercepatkan kesembuhan penyakit dan sebagainya. Insya Allah anda akan merasai khasiatnya dengan izin Allah.
Produk HPA yang mengandungi Roselle: Roselle Kapsul, Jem Roti Roselle, Teh Roselle, D’Deu, Kordial Roselle, Kek Lapis Roselle, Sos Cili Roselle.


Wednesday, February 2, 2011

KHASIAT MANJAKANI


MANJAKANI DAN KHASIATNYA

Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.



Gambar1: Pokok Manjakani



Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-

  • Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
  • Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
  • Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
  • Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
  • Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
  • Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
  • Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
  • Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
  • Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
  • Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
  • Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
  • Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
  • Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
  • Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
  • Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
  • Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.


APA ITU B'DARA


Diadun dari herba –herba organik terpilih ia sesuai untuk wanita-wanita berumahtangga untuk menjadi wanita lebih anggun dan sihat cergas sentiasa.Satu produk menambat hati suami harus di rasai oleh setiap yang bernama ' WANITA'


Diadun dari bunga rosselle,ekstrak mas cotek,ekstrak manjakani,kayu serapat dan rempah-rempah terpilih.



Gambar1: Produk B'DARA



Gambar2: Harga B'DARA' RM 49.90/ 500ml
(termasuk kos penghantaran)


KHASIAT B'DARA
-Membantu penghadaman
-Melembut dan menyihatkan kulit
-Melancarkan pembuangan air-kecil dan besar
-Mengurangkan pengumpulan lemak
-Mengurangkan tekanan darah tinggi
-Mengaktifkan pengeluaran kolagen
-Membetulkan sistem dalam badan
-Menguatkan tisu badan/awet muda
-Menguatkan organ wanita
-Mengecutkan rahim wanita
-Awet muda-antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan 
  proses penuaan sel.
-Anti Stress



KESAN-KESAN MINUM B'DARA
-Bersendawa (membuang angin)
-Pembuangan air lawas / membuang lemak / minyak yang terakhir
-Dapat merasai nikmat kebahagian suami isteri
-Seksual yang hebat
-Anda akan merasai badan lebih ringan dari biasa 
-Kulit bertambah lembab
-Mengurangkan lendir/kahak sekiranya batuk yang berpanjangan
-Mengurangkan kadar gula dalam darah (kencing manis)
-Mengatasi masalah kabur mata
-Mengurangkan permasalahan sendi-sendi
-Mengurangkan ketidak keselesaan semasa datang haid


CARA-CARA PENGAMBILAN
-2 sudu besar FES NITE B'DARA dicampurkan bersama
  1/2 gelas air suam
-Disarankan minuman 2 kali sehari


TIDAK SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG DAN IBU DALAM PANTANG